Memandangkan sekarang musim cempedak, pasti ramai yang tercari-cari cara membuat cempedak goreng kan? Cempedak goreng ni akan jadi lebih sedap kalau tepungnya lembut dan rangup. Tapi nak hasilkan tepung yang sebegitu bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun akan mudah sekiranya kita tahu tips dan caranya yang betul. Tuan Adriana Arissa ada berkongsi tips bancuhan tepung yang menurutnya akan kekal rangup dan lembut walaupun sudah sejuk. Cara bancuhan ini juga digunakannya untuk berniaga.
Tips: Boleh guna tepung beras gajah seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan yang bergoreng seperti pisang goreng, ubi goreng dan cempedak goreng.
Dah tahu tips dan cara mudah nak sediakan cempedak goreng yang rangupnya tahan lama kan? Jadi tunggu apa lagi, kalau ada cempedak dan bahan-bahan bolehlah menggoreng sekarang. Makan sambil tengok televisyen memang syok habis ni!
Kredit: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Olahan Kulit Cempedak Jeruk Ini Dipanggi ‘Mandai’. Ini Dia Cara Membuat Makanan Orang Banjar!