Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuah Colek, Sedap Sangat Sesuai Untuk Siapa Yang Mengidam Nak Makan Colek Versi Kelantan

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuah Colek, Sedap Sangat Sesuai Untuk Siapa Yang Mengidam Nak Makan Colek Versi Kelantan

Kategori:

Colek kelantan memang sangat terkenal di Kelantan atau tempat-tempat lain. Kalau dekat Kelantan akan ada yang menjual colek buah di tepi-tepi jalan dengan motor atau pun van. Memang rasanya sangat luar biasa. Tapi kalau nak makan tak kan nak ke Kelantan kan, anda boleh buat sendiri je dekat rumah. Beli je buah apa yang anda inginkan, lepastu buah kuah colek ini. InshaAllah menjadi.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 senduk kicap pekat jalen
  • 1 senduk besar air
  • 1 sb penuh serbuk asam boi
  • 3/4 sudu besar asam jawa
  • 1/2 sudu besar cili kisar kering
  • 1/2 genggam udang kering |kisar halus
  • 1/2 inci belacan | dibakar

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan 2 senduk gula putih ke dalam periuk. Jangan buka api lagi.
  2. Kemudian tambahkan kicap pekat.
  3. Tambahkan pula air. Boleh mula buka api perlahan dan kacau sesekali.
  4. Masukkan udang kering yang telah dikisar tadi. Juga sedikit belacan yang telah dibakar.
  5. Masukkan serbuk asam boi dan asam jawa.
  6. Akhir sekali, tambahkan cili kisar kering untuk seimbangkan rasa dan kacau sebati semuanya.
  7. Apabila kuah colek yang dikacau semakin memekat barulah ditutup apinya. (tambahkan secubit garam sekiranya perlu).
  8. Boleh dihidangkan dengan buah nenas, jambu atau apa-apa buah yang ada suka.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi

 

tags: