Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat ‘Dadih Strawberri’ Ala Pasar Malam, Guna 3 Bahan Je Tapi Sedap Yang Amat!

Cara Mudah Buat ‘Dadih Strawberri’ Ala Pasar Malam, Guna 3 Bahan Je Tapi Sedap Yang Amat!

Kategori: ,
resepi dadih strawberri

Dadih merupakan pencuci mulut daripada produk tenusu. Dalam masyarakat tradisional Minangkabau kebiasaanya mereka menggunakan susu kerbau atau susu ibu. Tetapi masyarakat Melayu hanya menggunakan susu lembu. Dadih ini terdiri daripada pelbagai perisa. Dadih ini sangat mudah untuk di dapati, ada banyak je yang dijual di pasar malam.

Tetapi kalau anda teringin nak buat dadih ala pasar malam tu boleh lah rujuk resepi kat bawah ini. Resepi dadih strawberri ala pasar malam yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook ini hanya menggunakan 3 bahan. Jom cuba sekarang!

Resepi ‘Dadih Strawberri’ Ala Pasar Malam, Guna 3 Bahan Je. Sedap Sangat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter susu
  • 1 liter air
  • 20g agar-agar tali

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak 1 liter air dengan agar-agar sampai larut atau mendidih. Boleh tambah gula jika suka dadih yang lebih manis.
  2. Masukkan pula 1 liter susu dan biarkan sehingga berwap (sedikit). Tak perlu sampai mendidih.
  3. Jika suka dadih berlemak, boleh tambah secubit garam.
  4. Tuangkan dalam bekas (terpulang apa pun).
  5. Sejukkan dan siap.

Mudah sahaja kan nak buat Dadih Strawberri ni? Guna 3 bahan sahaja tapi rasa dia tetap sedap dan menyelerakan. Buat untuk anak-anak pastinya diaorang akan suka.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Azura Felula Si Remaja Purba

Baca juga: Nah Ini Dia 2 Resepi Puding Soya Yang Mudah Hanya Guna 2 Je Tapi Rasa Macam Taufu Fa

tags: | |