Ini dia cara buat florentine cookies yang kecil molep. Comel je tengoknya. Kalau yang kecil ni, skali ngap sahaja dah habis. Nanti takdelah bertaburan atas lantai. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak kecil yang makan. Tapi sebenarnya florentine cookies yang kecil ini lebih sedap jika dibandingkan yang besar tu.
Ini Cara Buat Florentine Cookies Kecil Molek, Sekali Ngap Dah Habis! Barulah Tak Bertaburan Atas Lantai
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm tepung florentine
- (tepung ni ada jual kt bakery)
- 500 gm almond slice
- 200 gm biji labu hijau
- 100 gm kuaci putih
- 40 gm bijan hitam
- 20 gm bijan putih
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan oven 150c
- Satukan semua kekacang dan bijan
- Bakar selama 5-10min (bakar berasingan pun boleh kalau kome rajin)
- Sejukkan dan kemudian masukkan tepung florentine ke dalam kekacang dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan 1 sdt kedalam cup cake (kalau guna cup cake besar saiz L masukkan 1 sdb/opah guna cup cake hat ghenik je)
- Bakar selama 15min suhu 150c
- Biarkan sejuk dalam cup cake baru keluarkan. Nanti siimpankan di dalam bekas kedap ye.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Mas Cotek