Siapa pernah makan Golden Fried Rice di Dolly Dimsum? Mesti sangat puas hati kan. Rasanya sedap lain macam. Sekali-sekala pasti tiba-tiba teringin nak makan hidangan ini namun ada sahaja halangannya. Jadi apa kata buat sendiri je di rumah. Sangat mudah dan pasti rasanya juga sangat enak. Persis di Dolly Dimsum.
Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi Golden Fried Rice yang dikongsikan oleh Farah Soraya di group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Caranya memang sangat mudah. Kalau anda tak pandai masak pun boleh cuba buat dan pasti menjadi punya.
Mudah sahaja kan nak buat Golden Fried Rice ni? Nak lebih sedap jika digandingkan bersama-sama dengan Buttermilk Chicken. Memang terus terbeliak biji mata tau. Cubalah buat dulu. Terpulang kepada anda untuk makan pada bila-bila masa memandangkan ianya sangat sesuai dimakan pada waktu pagi, petang dan malam.
Kredit: Farah Soraya Via MAHN
Baca juga: 4 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker. Tetap Power & Sedap!