Udang merupakan sejenis haiwan yang hidup di dalam air masin dan air tawar. Udang bagi kedua-dua kehidupan ini adalah berbeza daripada segi warna dan bentuknya. Pelbagai masakan yang kita boleh sediakan dengan udang ini. Antara masakan yang paling sedap dan anda semua boleh cuba dekat rumah adalah udang kari ubi kentang. Rasa udang yang bersatu dengan ubi kentang ini memang sangat-sangat menyelerakan. Anda wajib cuba sekarang juga, memang tak menyesal punya!
Ini Dia Cara Buat ‘Kari Udang Ubi Kentang’ Yang Lain Daripada Lain, Memang Sedap Dan Padu Rasanya, Terbaik!
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo udang
- 1 bungkus rempah babas udang
- 2 biji ubi kentang
- 2 batang serai |diketuk
- 1 pati ayam knor
- Sedikit pati asam jawa
- 1 cawan santan
- Daun kari
- Bawang kecil |dihiris
Bahan Tumbuk:
- 3 ulas bawang kecil |dihiris
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan Hiasan:
- Tomato
- Cili padi
- Daun bawang
CARA PENYEDIAAN:
- Tumiskan bawang kecil (dihiris), halia, serai dan daun kari sehingga agak kekuningan.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis lagi sehingga naik bau.
- Masukkan rempah udang dan kacau sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan masukkan ubi kentang, udang, asam jawa dan santan.
- Biarkan sampai mendidih kemudian masukkan garam dan pati ayam.
- Akhir sekali masukkan bahan hiasan tadi.
- Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Siti Fatimah Via MAHN
Baca juga: Tak Tahu Nak Masak Apa Dengan Udang? Jom Buat ‘Sambal Udang Juicy’, Memang Sedap Dan Menggiurkan!