Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis, Resepi Mudah Guna Sukatan Cawan

Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis, Resepi Mudah Guna Sukatan Cawan

Kategori:
kaswi pandan lemak manis

Pasti ramai yang meminati kuih legend, kaswi pandan lemak manis bukan? Sekarang dah susah nak jumpa yang betul-betul sedap dan selera dengan tekak. Mungkin ada yang nak cuba membuatnya sendiri. Jika ada, anda boleh ikuti resepi lengkap di bawah ini. Selamat mencuba!

Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis, Resepi Mudah Guna Sukatan Cawan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (6 – 7 helai daun pandan + 1 cawan air.. blender.. tapiskan)
  • 2 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
  • Sedikit air kapur makan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 biji kelapa putih gaul dgn sedikit garam

Cara-cara:

  1. Bancuh semua bahan atau blender halus. Kemudian tapiskan.
  2. Sapu sedikit minyak pada loyang saiz 8. Panaskan loyang dalam 2 minit.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, kukus selama 30 minit.
  4. Kalau ada wap air jatuh, teus lap dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap, buat dengan perlahan supaya permukaan kek tidak rosak.
  5. Tunggu sehingga betul-betul sejuk, baru boleh potong dan gaul dengan kelapa.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Zura Zul

tags: