Pasti ramai yang pernah mencuba kek tornado yang viral itu kan? Memang tak dinafikan, rasanya memang boleh buat jadi ketagih. Sampai hari-hari nak makan, Tapi kalau beli hari-hari, memang kering poket dibuatnya. Haa, jadi apa kata jom cuba buat sendiri kek ala tornado ini di rumah.
Walaupun rasanya tidak sama dengan kek tornado yang original, namun rasanya sedap juga untuk layan mengidam tu. Ikuti resepi lengkap kek ala tornado di bawah. Selamat mencuba!
Patutlah ‘Viral’, Memang Sedap Sungguh! Ini Cara Buat Kek Ala Tornado Mudah
Bahan kek:
- 3 biji telur
- 1 cawan telur
- 1 sk esen vanilla
- 1 cawan minyak
- 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat (guna 2 cawan tepung je, untuk kek lebih moist) – Ayakkan
*Kalau tiada tepung naik sendiri, satukan tepung gandum, 1sk soda bikarbonat dan 1sk baking powder.
- 1/2 cawan serbuk koko
-
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan esen vanilla. Pukul rata.
- Masukkan minyak masak dan kacau sebati.
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
- Masukkan serbuk koko.
- Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau rata.
- Tuangkan dalam bekas. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Jika mahu kukus, kukus selama 40 hingga 45 minit.
*Tips untuk kek gebu, tak perlu guna mixer. Kacau guna sudip sahaja.
Bahan cream cheese:
- 250g cream cheese
- 60ml whipping cream (untuk lebih gebu, boleh lebihkan)
- 3-4 sb susu pekat
Cara-cara:
- Mixer cream cheese sehingga lembut.
- Tambah susu pekat.
- Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Bahan coklat ganache:
Cara-cara:
- Double boiler whipping cream dan coklat sehingga sebati. Akhir sekali baru masukkan marjerin,
- Tuangkan cream cheese ke dalam kek.
- Akhir sekali baru tuangkan coklat ganache pada bahagian atas.
- Siap!
Kredit: Fatimah Saari