Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea, Cicah Dengan Sos Serius Sedap!

Cara Buat ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea, Cicah Dengan Sos Serius Sedap!

Kategori:
kek ayam

Peminat drama Korea kalau nak feeling-feeling makan makanan macam drama mereka boleh cuba resipi ‘kek ayam’ yang mudah dan sedap ini!

Seorang wanita di Facebook berkongsikan resipi ‘kek ayam’ ala-ala makanan Korea. Boleh cicah dengan sambal kicap pedas atau sos cili. Jom lihat resipi di bawah.

Resipi ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea

Bahan-bahan:

  • Isi ayam kisar
  • Daun sup cincang
  • Bawang putih dlm sebiji je
  • Bawang holland dadu
  • Cili padi (optional)
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Cukup rasa sikit (optional)
  • Telur sebiji
  • Tepung goreng bestari/ gandum 1 sudu mkn
  • Carrot dadu halus

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam aluminium foil.
  3. Bakar dalam air fryer pada suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit mengikut ketebalan.
  4. Potong kemas-kemas. Boleh dimakan terus.
  5. Boleh juga dicelup telur dan goreng.

Kredit: Addarosa Rose Garde

Baca juga: 10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

tags: