Anda biasa tak tengok kek coklat moist kukus terbentuk macam kuih lompang? Kalau ada pun dalam cupcake tu. Tapi edisi coklat moist guna acuan lompang ni memang cantik. Bukan sahaja cantik malah ianya juga sangat sedap. Kalau nak dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang pun boleh ni. Susun je dalam kotak. Kemudian hias dengan riben, memang cantik!
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair/fullcream
- 1 cawan gula
- 1 cawan butter cair/minyak masak
- 5 biji telur
- 1.1/4 cawan selfrising flour
Bahan Topping:
- 250g compound choc
- 50ml minyak
- 20g susu pekat
CARA PENYEDIAAN:
- Mixer serbuk koko, susu pekat, susu cair, gula, butter dan telur sehingga gebu.
- Kemudian masukkan selfrising flour. Kacau sampai semua sebati dan sekata.
- Sapukan minyak pada acuan lompang, masuk 3/4 adunan kek ke dalam acuan.
- Kukuskan selama 20 minit atau sehingga masak.
Untuk penyediaan topping:
- Double boiler bahan topping tadi sehingga cair.
- Kek yang sudah sejuk tadi, boleh terus dicurahkan topping coklat.
- Boleh hiaskan dengan nutella dan crispy ball.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: resepi mudah