Dah bosan asyik makan kek pisang biasa? Jadi apa kata kita cuba pula Kek Pisang Coklat Kluster ini, ia merupakan antara pencuci mulut yang sangat sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada untuk makan bersama keluarga atau pun untuk sebarang majlis sambutan.
Nak cuba buat sendiri di rumah? Kalau nak cuba jom kita ikuti perkongsian resepi Kek Pisang Coklat Kluster dari Rushdi Lazim ini. Caranya sangat mudah dan pastinya rasanya juga anda semua akan berpuas hati.
Resepi Kek Coklat Pisang Yang Mudah Dan Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam
- 120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice
- 115 gram butter | cairkan
- 120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan
- Vanilla essence sikit
Bahan Kering :
- 160 gram tepung gandum
- 25 gram serbuk koko
- 1 tsp baking powder
- 1/2 tsp baking soda
- 1/2 tsp garam
- 80 gram belgian callebout choc
- 30 gram walnut (lebih pun takpe)
*Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.
CARA PENYEDIAAN :
- Cairkan butter di atas kuali.
- Lumatkan pisang sehingga hancur.
- Masukkan gula perang dan butter yang dicairkan tadi (kalau takde butter, masukkan minyak masak pun okay).
- Masukkan bancuhan buttermilk dan kemudian masukkan bahan-bahan kering di atas.
- Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Kacau sehingga sebati. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.
- Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut. Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
**Tips : Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nanti.
Mudah sahaja kan nak buat Kek Pisang Coklat Kluster ini? Sekali buat confirm dah habis lepas ni. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Rushdi Lazim Via MAHN
Baca juga: Resepi Agar-Agar Lumut Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan