Kalau ada pisang lebih di rumah, boleh cuba buat kek pisang dua benua ini. Memang lain dari lain, jarang lihat orang buat macam ini. Kalau buat jual, pasti laku! Jom ikuti resepi di bawah, hasil perkongsian oleh Novelis Afieyza Isahak.
1 Adunan Untuk 2 Jenis Kek, Ini Cara Buat Kek Pisang Dua Benua ‘Viral’
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C:
-
1 1/2 cawan tepung gandum
-
1 sudu kecil soda bikarbonat
-
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
- Satukan semua bahan A. Pukul semua bahan sehingga kembang.
- Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan bahan C yang sudah diayak terlebih dahulu.
- Kaup balikkan sehingga sebati.
- Bila sudah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian biarkan plain, 1 bahagian lagi campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
- Lapik loyang saiz 8 dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang.
- Sengetkan loyang, tuangkan adunan plain kemudian tuangkan 1 bahagian lagi yang ruang kosong itu. Dan hias ikut suka.
- Bakar pada suhu 180 menggunakan api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Kredit: Novelis Afieyza Isahak