Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kek Pisang ‘Premium’, Memang Moist, Lembut & Sedap!

Cara Buat Kek Pisang ‘Premium’, Memang Moist, Lembut & Sedap!

Kategori:
Cara Buat Kek Pisang

Nak tahu cara buat kek pisang premium? Hanya menggunakan bahan-bahan mudah, tapi rasanya macam kek ‘mahal’. Yang penting, rasanya memang moist, lembut dan sedap. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga atau dihidangkan kepada tetamu istimewa. Ini resepinya.

Cara Buat Kek Pisang ‘Premium’, Memang Moist, Lembut & Sedap!

Bahan 1 (diayak):

  • Tepung naik sendiri 2 cawan
  • Baking soda 1 sudu kecil (wajib ada)
  • Susu serbuk fullcream 3 sudu besar

Bahan 2 (Lecekkan):

  • Pisang berangan ranum 5biji size sederhana

Bahan 3 (Kacau guna whisk sampai hancur):

  • Butter cair 1 cawan
  • Gula perang 1/2 cawan
  • Garam secubit
  • Telur Gred A 2 biji
  • Vanilla Essence 2 sudu kecil

Bahan 4 (hiasan):

  • Pisang berangan belah 3 – 4 utk hiasan atas kek

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan 3, 2, 1 lalu kaup balikkan sahaja menggunakan spatula. Lalu masukkan ke dalam acuan size 9′. Susun pisang yang dibelah tadi atas kek sebelum dibakar.
  2. Bakar dalam 35 minit hingga masak keperangan atasnya.
  3. Bila sudah masak sejukkan dan bolehlah dihidang. Nak lagi sedap wrap semalaman hidangkan keesokannya. Kek akan jadi lebih moist dan berkaramel.
  4. Selamat mencuba.

Kredit: Jejaka Brownie

tags: |