Baru-baru ini ‘viral’ kek telur mata yang telah menarik perhatian netizen. Ramai yang menyangka kek ini menggunakan telur kuning yang asli. Rupanya, ia dibuat menggunakan agar-agar tapi memang nampak real kan? Bukan sekadar hiasan, juga sedap bila dimakan. Nak tahu cara membuatnya? Jom lihat resepi di bawah.
Ini Cara Buat Kek Telur Mata ‘Viral’. Nampak Macam ‘Telur Kuning’, Tapi Bukan Dia Rupanya
Untuk kek, boleh guna mana-mana resepi kek sponge menggunakan loyang saiz 5. Tambah perisa kegemaran pilihan masing-masing seperti perisa mangga untuk kek dan juga untuk kuning telur.
Bahan-bahan cheese (telur putih):
- 250g cream cheese (guna royal victoria)
- 125g gula aising
- 500g fresh cream (guna jenama rich)
- 1sb esen vanilla (guna star brand)
- 1sb manggo flavour
- 2sb jus lemon
Cara-cara:
- Pukul sebati cream cheese, gula aising dan esen vanilla sehingga kembang sedikikit. Kemudian masukkan jus lemon dan flavour mangga. Pukul sebati.
- Dalam mangkuk lain, pukul fresh cream sehingga kembang tapi jangan terlalu kental. Kemudian campurkan ke dalam adunan cheese tadi. Pada mulanya, akan jadi sedikit kental dan menggerutu. Kaup balik dan tekan-tekan sampai jadi lembut dan pekat.
Puding mangga (telur kuning):
Untuk telur kuning (puding mangga), boleh guna mana-mana resepi puding. Atau boleh beli terus perisa mangga. Yang penting, perlu guna acuan kuih NONA. Letak separuh sahaja dalam acuan.
Cara hias keseluruhan kek:
- Letak kek dalam bekas plastik, kemudian letakkan 1 senduk kecil adunan cheese. Ratakan secara spontan sahaja.
- Kemudian letakkan puding yang sudah mengeras. Hati-hati takut pecah.
- Ambil sedikit serbuk koko dan dusting sugar, tabur di tepi-tepi telur kuning dan putih.
Kredit: Fendi Islam