Kerepek bawang putih rangup ini memang sedap. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi pun boleh. Dan kalau anda makan dengan apa-apa sup pun lagi bertambah sedap. Bukan sahaja sedap, ianya juga banyak khasiatnya.
Antara khasiatnya adalah :
- Selain berfungsi sebagai anti bakteria, ia juga membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
- Bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
- Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
- Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
- Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
- Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Cara Buat Kerepek Bawang Putih Rangup Dan Berkhasiat, Ermmm Sedapnya! Memang Asyik Sangat Makan Tak Pandang Kiri Kanan Dah
BAHAN-BAHAN:
- Bawang putih | dihiris nipis
- Tepung beras
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
- Bawang putih. Kalau nak senang beli yang siap kupas dekat supermarket.
- Slicekan nipis-nipis. Kalau nak guna slicer Tupperware pun boleh, lagi senang.
- Kemudian gaul semua bawang putih yang sudah di slice dengan tepung beras.
- Goreng dalam minyak yang panas kemudian toskan minyak dan sejukkan.
- Apabila dah betul-betul sejuk baru simpan dalam balang.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Sharinaz Redwan Via MAHN