Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Kuih Badak Berendam Yang Sedap & Cantik

Cara Mudah Buat Kuih Badak Berendam Yang Sedap & Cantik

Kategori: ,
kuih badak berendam

Kuih badak berendam ini merupakan kuih tradisional melayu yang popular di Pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Tetapi di Negeri Sembilan ia dikenali sebagai sopang. Rasanya yang berlemak dan dilengkapi dengan inti memang betul-betul sedap. Jom kita cuba buat.

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Bahan Doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan

Bahan Inti:

  • 1 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 1/4 cawan air
  • 1 sb gula ( optional )
  • 1 sb tepung gandum
  • daun pandan

Bahan Kuah:

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung
  • daun pandan
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Lain:

  • Air untuk merebus

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
  2. ketepikan seketika .
  3. Untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut .
  4. Masukkan juga daun pandan .
  5. Kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih .
  6. Masukkan kelapa parut dan kacau sebati .
  7. Apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata .
  8. Masak sehingga kering .
  9. Tutupkan api dan sejukkan seketika .
  10. Ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan .
  11. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas .
  12. Jadikan seperti bebola .
  13. Ulang sehingga habis .
  14. Isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih .
  15. Sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul .
  16. Kemudian masak di atas dapur sehingga pekat .
  17. Tutupkan api .
  18. Masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih .
  19. Masak sehingga doh timbul di permukaan .
  20. Angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah .( sy masukkan doh ke dalam air sejuk , kemudian letakkan doh di dalam pinggan . barulah dituang bahan kuah ) .
  21. Hidangkan di dalam pinggan , alaskan bersama daun pisang jika ada .

Sumber : Farisha Sofea

tags: