Kuih penjaram ini semakin di lupakan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semestinya kita tidak mahu hal ini terjadi di mana kuih-kuih tradisional Melayu terus dilupakan. Buatlah untuk anak-anak anda mencuba dan merasainya. Supaya kuih tradisional seperti kuih penjaram ini tidak lapuk dek zaman. Resepi ini dikongsi oleh siaurang.com.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan Tepung Gandum
- 2 cawan Tepung Beras
- 2 cawan Gula Pasir
- 1 cawan Air Pandan (Daun Pandan dalam 6 helai)
- 2 cawan Air
CARA PENYEDIAAN:
- Potong daun pandan, blender dengan 1 cawan air. Kemudiaan saring air pandan yang telah diblender tadi.
- Masukkan 2 cawan air dan 2 cawan gula pasir ke dalam air pandan yang telah disaring dan pastikan gula betul-betul sebati dengan air pandan.
- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum dan tepung beras.
- Masukkan air pandan (jangan masukkan semua, tinggalkan dalam setengah cawan) ke dalam bekas tepung perlahan-lahan dan gaul sehingga sebati.
- Kalau adunan terlalu pekat, cuba adjust dengan lebihan air pandan tadi. Jangan telalu pekat dan jangan terlalu cair.
- Masukkan adunan dalam bekas dan biarkan selama 6-8 jam sebelum goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Sedapnya Resepi
Baca juga: Resepi Memukau Chicken Cheese Crispy, Makan Satu Pasti Tak Cukup