Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Kategori: ,
Kuih Puteri Ayu

Kuih puteri ayu juga tidak kurang ramai peminatnya bukan? Lagi-lagi di musim bulan puasa, makin tak sabar nak maka bila waktu berbuka. Tapi pada musim PKP ni, memang susah nak dapat. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri je kuih puteri ayu ni. Resepi perkongsian dari Ariana Sofia Ahmad. 

Cara Buat Kuih Puteri Ayu @ Seri Ayu, Lembut Bak Sutera

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan santan (1kotak santan kara + 1/2 cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1sk baking powder
  • 1sk perisa pandan
  • 2sk pewarna hijau

Bahan-bahan untuk kelapa:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi

p/s: Kuantiti 1 kotak santan kara ariana sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air. Dapat 45 biji. Acuan tu kena sapu minyak dulu.

 

Cara-cara:

  1. Mula-mula mix telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau sehingga sebati.
  2. Pastikan adunan masih cair.
  3. Masukkan pulak baking powder dan tepung yang telah di ayak. Mix sampai sebati.
  4. Adunan ni memang likat. Bila mix dah sebati terus matikan mixer.
  5. Masukkan pula santan dan mix sebati.
  6. Pastikan adunan licin dan tak terlampau pekat.
  7. Untuk senang letak dalam acuan, ariana letak dalam pipping bag.
  8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau bagi sebati. Kalau xcukup masin boleh tambah garam.
  9. Sapu acuan dengan minyak dulu. Ariana letak kelapa dalam 3/4 sudu besar. Nak letak kurang pun boleh. Jangan membukit pulak.
  10. Untuk bagi padat. Ariana tekan dengan acuan lain bahagian atas kelapa. Dan tekan pula dengan jari kat atas kelapa supaya padat.
  11. Lepas tu kukuslah adunan selama 10 minit. Taknak letak dalam loyang pun xpe. Pastikan letak adunan paras acuan je @ kurang sikit.
  12. Kuih dah masak. Naik dengan gebunya. Dah suam sikit bolehlah keluarkan dari acuan.
  13. Sekarang bolehlah dihidang.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Selamat mencuba!

 

tags: