Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Lasagna Yang ‘Moist’ & Tidak Kering, Guna Instant Lasagna Je Tak Perlu Rebus!

Cara Buat Lasagna Yang ‘Moist’ & Tidak Kering, Guna Instant Lasagna Je Tak Perlu Rebus!

Kategori:
Cara Buat Lasagna

Siapa suka makan makanan western pasti tahu menu Lasagna ini. Bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak pun suka! Cara membuatnya juga sangat mudah, yang penting tak perlu susah-susah nak rebus lasagna. Guna je yang segera, settle kerja! Nak tahu cara membuatnya? Ikuti resepi lengkap cara buat Lasagna di bawah.

Cara Buat Lasagna Yang ‘Moist’ & Tidak Kering, Guna Instant Lasagna Je Tak Perlu Rebus!

Bahan-bahan lasagna:

  • Instant lasagna sheet (jenama San Remo, tak perlu rebus)
  • Mozarella cheese secukupnya

Bahan-bahan sos merah:

  • 1 mangkuk sederhana besar daging kisar
  • 1 tin kecil sos prego tomato, selasih & bawang putih
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara buat sos merah:

  1. Panaskan minyak zaitun dan mentega. Tumiskan bawang putih dan bawang holland.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga masak.
  3. Masukkan sos prego. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan lada hitam. Perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa.

Bahan-bahan sos putih:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 kotak kecil susu full cream
  • Lada putih dan garam secukup rasa

Cara-cara buat sos putih:

  1. Cairkan mentega.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan cheesedale. Gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan susu full cream dan perasakan dengan lada putih, garam secukup rasa.
  5. Gaul sebati, siap!

Bahan hiasan:

  • Cili flakes
  • Daun parsley

Cara-cara buat lapisan:

  1. Dalam bekas kaca, tuangkan sos merah, kemudian letakkan pula sos putih. Seterusnya taburkan cheese.
  2. Letakkan lasagna seperti dalam gambar.
  3. Ulangi langkah seperti di atas.
  4. Bakar dalam Air Fryer 200’c selama 15 minit atau menggunakan oven sehingga garing seperti dalam gambar.
  5. Siap!

Kredit: Zamzarina Bt Zakaria

tags: