Anak perak mesti tahu lemang jagung ini. Memang wajib ada setiap kali raya kan. Resepi ini khas untuk anda yang tak pulang ke kampung, kalau rindu boleh cuba buat sendiri. Jom cuba!
Cara Buat Lemang Jagung Tanpa Buluh
Bahan-bahan:
- 500g beras pulut – bilas dan toskan
- Setongkol setengah jagung – nak lebih pun boleh
- 100ml santan pekat – tambah jika nak lagi lemak
- 400-500ml air
- 1sudu besar minyak masak
- 1@2 sudu besar garam
- 1@2 sudu besar gula
Bahan sampingan:
- Loyang 9inci
- Daun pisang – layur atas api
Cara-cara:
- Panaskan pengukus. Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Hiris keluar isi jagung drpd tongkolnya menggunakan pisau. Nak senang guna jagung manis frozen pun boleh.
- Kukus selama 30minit-40minit sehingga pulut masak sekata. Setiap 10minit buka penutup kukus dan kacau2 pulut supaya masak sekata. Kalau tak kacau nanti ada bahagian yang tak masak.
-
Bila pulut dah masak, tunggu sehingga pulut menjadi suam sedikit.
Ni rahsia nak bentukkan lemang tanpa buluh haha. Cari botol plastik mengikut size yang anda mahu untuk lemang anda. Saya guna botol air ni, saya potong bahagian atas nya. Kalau nak size kecik cari botol plastik kecik sket.
Pegang pulut guna plastik, kalau tak nanti melekit2 tangan.
Ambil pulut dan tekan2 penyek2kan dalam botol tadi sampai mampat, supaya lemang tak lerai bila nak potong.
- Untuk keluarkan lemang jagung yang sudah mampat, gunakan sudu buat macam dalam gambar, untuk tarik sket lemang drpd dinding botol. Kemudian ketuk2 botol bagi lemang keluar. Jangan risau boleh keluar punya sebab ada minyak dan santan kan jadi dia licin.
Buat masa pulut masih suam, kalau dah sejuk pulut akan melekit sket takut susah nak keluar.Nak lagi mudah, gunting potong hujung botol tu kasi berlubang. So tolak je lemang jagung tu keluar. Lagi senang. Ataupun, gulung daun pisang dan masukkan ke dalam botol, macam orang buat lemang buluh tu, lepas tu mampatkan pulut. Tarik lemang keluar dengan menarik keluar daun pisangnya sekali. Mudah!
- Lemang nak keluar dari botol.
- Cantik mampat jadinya. Gulung guna daun pisang.
- Kalau rajin ikat la kedua2 hujung daun pisang tu dengan tali. Jadi kemas. Saya malas nak cepat sebab anak dah lapar huhu.
- Boleh juga potong cantik2 siap2 macam ni.
- Susun dalam pengukus dan kukus semula sekejap dalam 10-15minit. Kalau nak lemang ada rasa garing2 sket boleh bakar kejap dalam oven. Jangan bakar sampai hangus daun pisang nya pulak ye.
Besar2 size jagung jsaku ni haa sebab guna botol besar. Korang guna la botol kecik sket bagi size dia comel sket.
- Dah siap kukus, potong dan makan laaa. Sedap lemang dengan lemak manis jagung. Anak2 ratah gitu je makan. Ni makan dengan rendang ayam mak mertuaku huhu.
- Gigih buat rendang daging pulak nak makan dengan lemang jagung.Selamat mencuba lemang jagung resepi saya anak Perak di perantauan cewah. Kalau balik Perak beli je orang jual bakar tepi jalan. Kat KL ni x dapat la..Saya izinkan share. Semoga ilmu bermanfaat dan doakan saya berjaya dunia akhirat
Kredit: Shida Zainuddin
Selamat mencuba!