Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Lontong Mek Klate Yang Sedap, Habis Sepinggan Masih Tak Cukup. Tambah Lagi Hingga Licin Satu Periuk!

Cara Buat Lontong Mek Klate Yang Sedap, Habis Sepinggan Masih Tak Cukup. Tambah Lagi Hingga Licin Satu Periuk!

Kategori:
Resepi lontong mek klate

Ini dia resepi Lontong Mek Klate yang sedap dan menyelerakan. Lontong merupakan makanan yang sangat terkenal di Johor. Asal makanan ini adalah daripada Indonesia. Lontong ini dijadikan menu atau hidangan di hari raya. Tapi tak kan nak tunggu hari raya kan baru dapat makan lontong ni.

Apa kata musim sekarang ni, tak tahu nak masak apa buatlah Lontong Mek Klate ni. Di jamin sedap dan akan menambah-nambah.

Resepi Lontong Yang Sedap Serta Menyelerakan

Bahan-Bahan:

Bahan kisar: 

  • 3 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ikan bilis goreng
  • 1/2 sudu besar udang kering
  • 1 batang serai

*Kisar bahan di atas dengan sedikit air

Bahan lain: 

  • Santan
  • Air
  • Serbuk kunyit

 

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar di atas dalam periuk.
  2. Masukkan 5 senduk santan pekat. Diikuti dengan 2 cawan air. Titikkan juga 1 batang serai. Kacau rata. Boleh hidupkan api sederhana perlahan.
  3. Kemudian, masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Jangan terlebih. Nanti bila kuah mendidih warna kuning akan makin terang. Boleh masukkan perasa 1/2 sudu kecil garam, 1 3/4 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil perasa Hilal.* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing. Masa ni nak masukkan isi ayam pun boleh. Potong kecil.
  4. Kemudian, masukkan pilihan sayur:
    – kubis
    – carrot
    – daun limau purut (optional)
    – fucuk
    – kacang panjang (paling akhir sekali dengan suhun)Juga masukkan bahan di bawah:
    *fishcake
    *tempe
    *bebola ikan
    – tauhu pok
    – udang(Bahan bertanda * goreng seketika)
  5. Sebelum ditutup api, masukkan sedikit sahaja suhun yang telah direndam.
    *Jangan biarkan terlalu lama dimasak dalam kuah, nanti suhun tu akan kembang dan meresap kuah.
  6. Sementara kuah masak, bolehlah direbus nasi himpitnya terlebih dahulu. Biarkan betul-betul sejuk, barulah potong. Nak rebus sebelah malam, tos dan biarkan semalaman pun tak basi.
  7. Susun nasi himpit dalam mangkuk. Sendukkan kuah lodeh.
  8. Lengkapkan dengan sambal bilis dan telur rebus. Sedia untum dimakan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Afy AL Habibi

tags: