Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Mac And Cheese Bakar, Sekejap Je Dah Habis Licin Sebekas!

Cara Buat Mac And Cheese Bakar, Sekejap Je Dah Habis Licin Sebekas!

Kategori:
Mac And Cheese Bakar

Sedap juga kalau dapat makan Mac And Cheese Bakar untuk makan petang. Tak tahan sungguh tengok cheese yang meleleh tu. Terliur dibuatnya! Kalau tak buat ni, boleh mengidam sampai masuk mimpi! Jadi apa kata jom cuba buat, ikuti resepi lengkap di bawah.

Cara Buat Mac And Cheese Bakar, Sekejap Je Dah Habis Licin Sebekas!

Bahan-bahan:

  • 1 packet macaroni
  • Daging
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Setengah biji bawang holland
  • Setengah tin sos prego
  • Blackpepper
  • Parsley
  • 2 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung gandum or tepung jagung
  • 750 ml susu segar
  • Mozzarella cheese
  • Serbuk roti
  • 2 sudu besar butter cair

Cara-cara:

  1. Dalam kuali, masukkan daging/ayam bersama serbuk cili dan bawang holland. Gaul sebati sehingga daging/ayam masak.
  2. Masukkan sos prego, blackpepper, parsley, butter, tepung gandum/tepung jagung dan susu segar. Gaul sebati sehingga sedikit pekat.
  3. Kemudian baru masukkan makaroni yang sudah direbus. Gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan mozarella cheese. Gaul sebati.
  5. Letakkan dalam loyang aluminium.
  6. Untuk topping, dalam mangkuk lain, satukan serbuk roti dan butter cair. Gaul sebati.
  7. Taburkan atas makaroni dalam loyang tadi.
  8. Bakar selama 40-50 minit pada suhu 180C, sebelum itu panaskan dahulu oven selama 10 minit.

Kredit: Arianna Kitchen

 

Baca juga: Cara Buat Brownies Cookies Soft & Chewy Bila Dikunyah, Boleh Ketagih Dibuatnya!

tags: |