Resepi maggi celup kelantan ini dikongsi oleh Afy Al Habibi di facebook. Wanita yang lebih selesa membahasakan dirinya cikgu ini telah berkongsikan resipi maggi celup.
Menurutnya, dia telah menghidangkan menu ini semasa hari raya yang lepas. Maggi celup ini sangat mendapat sambutan. Tambahnya lagi, dia sehingga terpaksa ulang masuk dapur banyak kali untuk menambah kepada tetamu.
Nampak gaya memang laku sungguh dan digemari ramai. Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikut resipi perkongsian oleh cikgu di bawah.
Resipi Maggi Celup Kelantan Kegemaran Ramai
Bahan sup:
- Daging buku besar (jangan hiris)
- Tulang
- 1 sup bunjut
- Akar ketumbar
- Perut lembu
- Ketulan ayam
- 1 sudu kicap lemak manis
- 1 sudu kicap pekat Jalen
- 1 sudu sos ikan
- Tauge
Bahan lain:
- Mi//bihun/kuewtiaw/maggi
- Kangkung
Bahan rencah rasa:
- Gula
- Garam halus
- Kacang tanah tumbuk
- Air lada
- Bawang goreng
- Bawang putih goreng dadu (beli siap)
- Lobak jeruk asin
- Cili siam jeruk
- Sos ikan
- Perencah maggi
- Serbuk chili flakes
- Limau nipis
- Daun sup
- Serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
Cara penyediaan kuah sup:
- Penuhkan air satu periuk. Masukkan daging, tulang, sup bunjut dan akar ketumbar.
- Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
- Perasakan dengan secubit dua sahaja garam. Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
- Keluarkan isi sup tadi. Tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat Jalen dan sos ikan. Kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.
- Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
- Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
Cara penyediaan aneka lauk:
Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas. ( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
Aneka Mi Dan Sayur ( untuk versi sedikit boleh celur sekaligus)
- Penyediaan nasi air. Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
- Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
- Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
- Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup. ( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
Cara hidangan:
- Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
- Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
- Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
- Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Afy AL Habibi Via MAHN