Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Olahan Kulit Cempedak Jeruk Ini Dipanggi ‘Mandai’. Ini Dia Cara Membuat Makanan Orang Banjar!

Olahan Kulit Cempedak Jeruk Ini Dipanggi ‘Mandai’. Ini Dia Cara Membuat Makanan Orang Banjar!

Kategori:
cara buat mandai

Mandai merupakan makanan yang popular dan digemari oleh kebanyakan orang banjar. Mandai ini adalah hirisan kulit cempedak yang dibuang kulit lalu dijeruk selama 3 hari. Rupa-rupanya kulit cempedak ini boleh juga dimakan ye. Agak pelik namun ramai yang kata sedap.

Apabila kulit cempedak ini sudah dijeruk selama 3 hari ianya boleh terus digoreng. Cara menggorengya lebih kurang macam goreng pekasam. Nak tahu lebih detail? Jom lihat perkongsian Dya Romantika di bawah ini.

Cara Penyediaan Mandai, Makanan Orang Banjar

Bahan-bahan:

  • Kulit cempedak
  • Garam
  • Air suam
  • Bawang
  • Cili padi

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula bersihkan kulit cempedak.
  2. Potong kiub, terserah besar mana. Tapi sedang elok agar muat botol dan garam pun mudah serap.
  3. Kemudian basuh bersih.
  4. Lumurkan garam, anggaran 3 sudu atau lebih bergantung banyak mana air nanti.
  5. Ramas bagi sebati.
  6. Masukkan ke dalam botol dan masukkan air suam sehingga cukup tenggelam.
  7. Godak bagi garam sebati. Kalau kurang garam boleh tambah lagi.
  8. Dah siap. Selepas 3 hari boleh goreng nipis, bubuh bawang dan cili macam masak pekasam.

https://www.tiktok.com/@dyaromantikalife/video/6991721169472769306?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@dyaromantikalifeSiapa pernah rasa? Resepi dari orang banjar sedap gilaaaa! Kulaan masukkkkkk… 🥰😇❣️##fypシ ##fyppppppppppppppppppppppp

♬ Tak Kisah Pun (feat. Akwa Arifin) – Najwa Latif

Agak-agak apa rasa Mandai ni ya? Bagi anda yang belum merasainya lagi, mungkin boleh cuba buat dekat rumah. Lepas ni kalau ada cempedak, jangan dibuang kulitnya ya. Cuba buat Mandai ini. Ramai orang cakap, kalau dah rasa sekali, pasti nak lagi lepas ni.

Selamat mencuba!

Kredit: Dya Romantika Via MAHN

Baca juga: Rahsia Bancuhan Tepung Cempedak Goreng Sedap, Rangup ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk!

tags: |