Ini dia cara rahsia buat mee champa pedas berasap hingga ke telinga tetapi sangat sedap. Untuk pengetahuan semua sebenarnya mee champa ini berasal daripada Kemboja. Siapa pernah makan? Mesti sedap kan? Tapi sekarang musim PKP. Kedai pun tak buka. Apa kata kali ni kita buat sendiri menggunakan resepi yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook miliknya.
Cara Rahsia Buat Mee Champa Pedas Berasap Hingga Telinga Tapi Sangat Sedap
BAHAN KUAH :
- 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
- 3 liter air
- 4 biji bawang holand* potong 4
- 3 biji bawang besar * potong 4
- 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
- seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
- daun ketumbar seikat
- daub bawang
- 2 batang kulit kayu manis*
- 4 biji bunga lawang*
- 1/2 cawan sos ikan
- gula
- garam
- perasa jika suka
- serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
- 3 kiub stok perisa daging
CARA PENYEDIAAN :
- Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
- Sementara daging kita empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih.
- Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi. Kemudian masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah.
- Kemudian masukkan pula kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan. (sup ni sangatlah sedap jika makan panas2).
- Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu tapi dahulu guna penapis. Supaya bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee. Jadi dapat kuah yang suci bersih.
SAMBAL LADA
- 4 biji lada merah (besar)*
- 20-30 biji cili api*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 sudu besar cuka
- sedikit garam
CARA PENYEDIAAN :
- Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas. Kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam.
- Siap.
MINYAK BAWANG PUTIH
- 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
- 1 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
AKSESORI LAIN
- kuey teow, mihun,mee champa
- daun ketumbar, daun sup, daun bawang
- limau nipis
- hirisan daging
- minyak bawang putih
- lobak asin yang dipotong halus
- sambal lada
- tauge
- kicap
- serbuk lada sulah/lada hitam
- gula (tambahan jika suka manis)
- sos ikan jika perlu
**time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah. Sos ikan dan gula jika suka. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! Sekali cuba mesti nak lagi.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Tahrunnisah Jali Via MAHN