Korang pernah buat atau campur minyak bawang dalam masakan korang? Kalau belum, korang kena cuba tau!
Sebab sememangnya sedap dan lebih beraroma. Ia akan membangkitkan selera kita kerana baunya yang semerbak.
Sememangnya minyak bawang ini memang pelbagai guna. Boleh masukkan dalam masakan seperti nasi ayam, sayur, sup telur, nasi goreng dan pelbagai masakan lain.
Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan ni. Ia ala-ala resipi orang Cina tau. Tapi bukan minyak bawang putih ya. Ia lain dari minyak bawang putih.
Bahan-bahan yang digoreng tadi jangan dibuang. Masih boleh dimakan. Contohnya makan bersama bubur nasi. Wangi memang semerbak!
Rekomendasi lain pula, kalau goreng telur mata, tabur di atas telur, tambah kicap, perah limau dan potong cili. Memang sedap sampai teringat-ingat!
Jadi, korang kena cuba tau nanti! Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan