Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat ‘Muffin Gebu Gebas’, Kacau Guna Senduk Jer Tak Perlu Guna Mixer

Cara Buat ‘Muffin Gebu Gebas’, Kacau Guna Senduk Jer Tak Perlu Guna Mixer

Kategori:
muffin gebu gebas

Resepi muffin gebu gebas perkongsian oleh Azlina Ina Fans. Memang wajib cuba sebab resepi ini sangat senang nak buat. Yang pasti memang sedap dan bikin ketagih!

Buat untuk anak-anak, mereka pasti suka. Boleh juga untuk dibawa bekal ke sekolah. Kalau anak ada jamuan, boleh juga buatkan muffin ini untuk mereka.

Cara membuatnya juga sangat mudah, jom lihat resipi lengkapnya di bawah.

Resipi Muffin Gebu Gebas 

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • Esen vanila
  • 1 cawan gula mana yg suke manis tambah lg
  • 1 cawan butter di cair kan
  • 1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat (klau xde boleh pakai tepung gandum plus 1sk soda bikarbonat dan 1 sk baking)
  • powder(ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko/milo
  • 1/2 cawan tepung susu
  • 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau guna senduk je.
  2. Tambahkan butter yang sudah dicairkan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung self rising, soda bikarbonat dan susu tepung yang sudah diayakkan.
  4. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan serbuk coffee. Kacau rata.
  5. Masukkan air panas dan kacau rata. Siap.
  6. Isi 3/4 dalam muffin cup. Boleh tabur coklat chip atau badam. Panaskan oven sebelum dibakar.
  7. Bakar pada suhu 170 api atas bawah selama 25-30 minit.
  8. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

tags: