Nasi goreng seringkali dijadikan menu harian untuk sarapan pagi rakyat Malaysia. Pelbagai jenis resepi nasi goreng yang boleh dimasak dan semestinya sedap tetapi resepi Nasi Goreng Cabai Kering yang akan dikongsikan di bawah ini pasti lebih memikat hati anda.
Nasi Goreng Cabai Kering ini pasti dapat memikat hati anda. Cara untuk memasaknya juga sangat cepat dan mudah kerana hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang mudah. Jom lihat resepi di bawah.
Nasi sejuk – Gaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi sikit². Untuk ratakan garam dan senang nak bajet kemasinan.
Goreng telur separuh hancur dan ketepikan. Goreng kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti.
Cili kering – gunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.
Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula (ikut suka).
Masukkan nasi dan kacau rata.
Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata. Siap.Kredit: Novelis Afieyza Isahak