Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat New York Cheese Cake. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

Cara Buat New York Cheese Cake. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

Kategori:
New York Cheese Cake

Siapa yang biasa makan New York Cheese Cake di Secret Recipe pasti tahu macam mana rasa kek ini. Memang lazat sangat, nikmat setiap kali suapan ke dalam mulut. Rupanya tak susah pun kalau nak cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, baru puas hati makan. Mana tahu lagi sedap dari beli kan? Selamat mencuba.

Cara Buat New York Cheese Cake. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

Bahan A:

  • 200gm Biskut Marie
  • 80gm Butter (dicairkn)

Cara-cara (untuk layer bawah):

  1. Hancurkan biskut marie sehingga betul-betul hancur.
  2. Gaul bersama butter yang sudah dicairkan. Kalau adunan nampak kering, jangan risau sebab kalau terlalu lembik nanti hancur bila nak potong kek.
  3. Lapikkan baking paper pada loyang saiz 8.
  4. Masukkan adunan tadi, kemaskan dan tekap biar rata dan padat.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan B:

  • 750 gm Cream Cheese (suhu bilik)
  • 130 gm gula kastor
  • 30 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji lemon (disagat & ambil kulitnya)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telur Gred B
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm sour cream @ plain yogurt

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, esen vanilla, kulit lemon dan jus lemon. Pukul sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan 2 biji telur sedikit demi sedikit. Kaup balik supaya adunan cheese tidak berketul.
  4. Akhir sebati masukkan sour cream, pukul rata sekejap.
  5. Tuangkan adunan ke loyang yang berisi biskut tadi.
  6. Bakar guna teknik water bath selama 70 minit atau sehingga masak pada suhu 160c.
  7. Bila dah masak, keluarkan air panas tadi. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit.
  8. Siap.
  9. Selamat mencuba!

Kredit: Dayang Ayu

 

 

tags: