Pastinya ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui bahawa buah Lemon mempunyai seribu satu kebaikan. Pelbagai khasiat yang ada pada Lemon ini sebenarnya. Tidak kira sama ada untuk kesihatan tubuh badan, untuk kuruskan badan atau pun kelihatan awet muda.
Malah semenjak Covid melanda dunia, Lemon merupakan antara buahan yang menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Yang demam, yang batuk semuanya akan menggunakan lemon sebagai ubatan selain ubatan moden.
Selain diperah untuk diambil airnya, ramai juga yang sering menggunakan pati lemon bagi menyejukkan badan. Pati lemon ini kebiasaannya dibeli atau dibuat sendiri. Kalau beli memang agak mahal harganya, jadi ramai yang lebih memilih buat sendiri di rumah.
Walaupun rasanya tiada sama yang dibeli di pasaran namun khasiatnya tetap sama. Nak cuba buat sendiri juga pati lemon ini? Jom kita ikuti perkongsian wanita ini. Sangat mudah dan pastinya menjadi!
Zaman berjimat sekarang ni, kena cari kerajinan untuk masak or prepare menu kegemaran keluarga. Biasanya saya pati lemon dari Korea yang sebotol RM30 lebih untuk dibuat air minum. Elok untuk sejukkan badan katanya.
Tapi selepas tengok A Chinese Uncle buat sendiri pati lemon, terus try buat sendiri. Walaupun rasa tak sama 100% dengan brand Korea tu tapi yang penting fungsi tetap sama. Untuk sejukkan badan. Modal untuk 2 pek honeycomb sugar rock dan 7 biji lemon cuma RM12. Cara buat pun mudah.
Masak pati ni kena beringat. Jangan bagi kena air supaya pati tahan lama dan boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Since ramai tanya soalan yang sama, saya jawab terus la ye kat sini:
Harap menjawab semua pertanyaa anda.
Mudah sahaja kan nak buat Pati Lemon ini? Ikuti sahaja cara di atas ini. Yang penting jangan derhaka resepi, barulah menjadi. Kalau buat sendiri, bukan sahaja lebih jimat namun ianya akan lebih tahan lama. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom buat sekarang!
Sumber: Azrina Mohd
Baca juga: Trend Mukbang Jadi Kebiasaan, Apakah Ia Dibenarkan Dalam Islam? Jom Baca Penjelasan Mufti