Tak tahu nak masak apa harini? Kebiasaannya hanya pernah makan ayam percik sahaja kan? Kali ini jom cuba buat percik ikan kembung pula.
Resepi kuah percik ini boleh diguna untuk percik ikan kembung atau percik ayam. Wajib cuba pada bulan puasa ini, anak-anak pun dijamin makan berselera.
Lihat resipi lengkap hasil perkongsian oleh Suhasnida Ismail, boleh cuba buat untuk juadah berbuka nanti.
Resipi Percik Ikan Kembung Kelantan
Bahan A: Perap Ayam/Ikan
Bahan B: Bahan Kuah
-
8 biji bawang merah size 50sen
-
2 ulas bawang putih
-
Sehiris halia
-
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
-
Secubit belacan
-
3 tbsp cili kering
-
900ml santan pekat
-
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
Cara penyediaan:
- Kisar bahan A, lumur pada ikan dan perap selama satu jam.
- Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
- Kisar bahan B dan masukkan dalam periuk.
- Masukkan santan pekat dan masukkan bahan perasa.
- Masak sampai mendidih dan pekat.
- Bakar ikan atau ayam sampai masak.
- Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4 kali salutan baru percik lagi bertambah sedap.
- Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm saiz 2kg.
Kredit: Suhasnida Ismail
Baca Juga: Resipi Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikan, Senang Sangat Nak Buat