Tak dinafikan, ramai para ibu yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk masuk dapur. Bila masak pun, hanya masak yang mudah dan cepat sebab dah penat seharian bekerja.
Kadang-kadang, bekalan yang nak dimasak tak sentiasa ada bekalannya. Sebagai contoh, bawang putih. Maklum sudah tahu, bawang akan cepat rosak jika tidak diguna. Jika dikupas siap-siap dan disimpan dalam peti pun tidak bertahan lama juga.
Jom ikuti perkongsian oleh Khabbab Jamalludin yang berkongsikan cara-cara beliau membuat pes bawang putih. Senang sangat bila nak memasak bila ada pes ni. Simpan dalam peti boleh tahan berbulan-bulan. Bila nak masak, tak perlu susah-susah nak kupas.
Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
Nota:
Sumber: Khabbab Jamalludin