
Playdoh adalah bahan mainan yang lembik yang dijadikan bahan mainan kanak-kanak. Ia merupakan adunan yang lembut dan kanak-kanak bebas mereka bentuk doh tersebut menjadi pelbagai bentuk. Tetapi apa yang membimbangkan golongan ibu bapa adalah apabila anak-anak bermain Playdoh tanpa pengawasan mereka. Bimbang jika dimasukkan ke dalam mulut atau sebagainya.
Jadi ini ada cara untuk membuat Playdoh menggunakan bahan masakan yang sedia ada di rumah. Kalau anak-anak tersalah masukkan ke dalam mulut pun tak mengapa. Sebab apabila kita buat sendiri, keselamatannya lebih terjamin kan? Jadi jom kita try!
Nota: Playdoh ini boleh tahan sehingga 3 bulan kalau anda masukkan ke dalam plastik ziplock atau bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian chiller selepas setiap kali menggunakannya atau bermain.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nadia Sariman