Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Puding Coklat Berlapis Yang Penuh Rasa Coklat Dan Sangat Sedap Ini! Confirm Laku Keras

Jom Buat Puding Coklat Berlapis Yang Penuh Rasa Coklat Dan Sangat Sedap Ini! Confirm Laku Keras

Kategori:
Resepi puding lapis bercoklat

Puding coklat berlapis merupakan pencuci mulut yang sesuai dihidang untuk apa-apa majlis. Teksturnya yang licin dan lembut pasti menyegarkan. Lebih-lebih lagi apabila di masukkan ke dalam peti ais. Nak lagi sedap dan rasa puas anda boleh cuba buat puding coklat berlapis yang penuh dengan rasa coklat ni. Confirm meleleh air mata sebab sedap sangat.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba sekarang puding ini. Nanti dah siap masukkan dalam peti ais. Makan bila sejuk memang dua kali ganda lebih sedap.

Resepi Puding Coklat Berlapis Yang Sedap

Untuk Lapisan Pertama:

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus besar nutrijell coklat
  • 50 gram dark cooking coklat
  • 2-5 gelas air
  • Gula secukupnya
  • 1 sdm tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)

Cara Penyediaan:

  1. Masak agar-agar apabila hampir mendidih masukkan tepung jagung (yang diarut) sambil terus kacau.
  2. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan.

Untuk Lapisan Kedua:

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar swallow
  • 2.5 gelas air
  • 100 gram dark cooking coklat
  • 3 sdm serbuk coklat (larutkan dengan sedikit air panas)
  • 2-3 biji putih telur (mix dengan 2 sdm gula halus sehingga berbuih)
  • Gula secukupnya
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan agar-agar, gula dan garam. Kacau sebati kemudian tambahkan air, darck cooking coklat dan larutan coklat.
  2. Didihkan sambil kacau.
  3. Angkat dan biarkan seketika.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam putih telur tadi sambil goyangkan perlahan-lahan.
  5. Tuangkan ke atas puding pertama tadi.
  6. Bekukan dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Coklat Berlapis ini? Kalau anda penggemar coklat, memang patut cuba puding ini. Tak rugi punya kalau cuba sebab rasanya memang dijamin sedap.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga : Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!

tags: | | |