Sebut sahaja puding, pasti tergambar isinya yang kenyal dan lembut. Jika dimakan sejuk-sejuk pasti lebih enak dan sedap. Memang berebut la kan. Lebih-lebih lagi jika puding yang dibeli atau dibuat tu merupakan perisa kegemaran. Memang tak berganjak makan. Kunyah-kunyah dah habis sebekas.
Tapi kalau dibeli dari luar atau mana-mana kedai agak mahal ye. Jadi apa kata kita buat sendiri saya dirumah. Nak buat puding ini sangatlah mudah. Kalau ada di antara anda yang menggemari Puding Jagung bolehlah ikuti perkongsian resepi dari Mas Cotek ini. Caranya sangatlah mudah. Sambil pejam mata pun boleh siap tau.
Mudah sahaja kan nak buat Puding Jagung ini? Kalau ada acuan yang cantik, puding yang anda hasilkan pun akan lebih cantik. Anak-anak tengok pasti diaorang suka dan pastinya akan makan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cari barang dan mula membuatnya.
Kredit: Mas Cotek
Baca juga: Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!