Ini dia cara buat puding karamel paling senang. Tanpa telur dan tak perlu kukus. Tetapi rasa dia tetap sedap dan menyelerakan. Rugi kalau korang tak cuba buat guna resepi ni.
Cara Buat Puding Karamel Paling Senang, Tanpa Telur Dan Tak Perlu Kukus
BAHAN-BAHAN:
Bahan A (Karamel)
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar air
Bahan B (Puding)
- 1 paket agar2 serbuk 10 gram (original)
- 1 tin susu sejat (susu cair)
- 4 cawan air
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
- Masak Bahan A di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula masak dan menjadi perang ( tak perlu dikacau)
- Ratakan gula tadi agar memenuhi loyang tersebut dan biarkan ia menjadi sejuk.
- Masakkan Bahan B di atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sehingga mendidih dan tutup api.
- Masukkan Bahan B yg telah di masak kedalam loyang tadi, biarkan sejuk kemudian masukkan di dalam peti ais.
- Siap untuk dihidangkan.
*Tak perlu dikukus kerana versi tanpa telur telah dimasak hingga mendidih di atas api
*Kalau nak lagi tebal karamelnya, kena lebihkan sedikit gula waktu kita membuat karamel tapi saya lebih suka versi yang kurang gula
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nor Azean Hamdan