Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Roti Serikandi Yang Cantik, Sedap &Mudah

Cara Buat Puding Roti Serikandi Yang Cantik, Sedap &Mudah

Kategori: ,

Ini dia puding serikandi atau juga dikenali dengan puding roti. Puding roti ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan rumah terbuka, majlis hari jadi atau apa-apa majlis.

Rasanya sangat sedap dan dalam masa yang sama sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak susah dan mudah untuk didapati.

Resipi Puding Roti Serikandi 

Bahan-bahan puding roti serikandi:

  • 2 Paket agar-agar tali 20g
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 bungkus roti gardenia yang pendek (RM2.50)
  • 1 inci gula batu
  • Pewarna merah, hijau, kuning

Cara penyediaan puding roti serikandi:

  1. Masak agar-agar tali dengan air 1.2 L x 2 (atau secukupnya)
  2. Masukkan gula batu
  3. Carik-carikkan roti tadi ke dalam susu cair biar tenggelam dan kembang. (Ambl yang putih sahaja yang tepi potong atau buang)
  4. Agar-agar dah mendidih sebati, asingkan kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. ( 1 bekas dalam 2 atau 3 senduk sahaja).
  5. Sejukkan.
  6. Kecilkan api, masukkan susu pekat, kacau dan sebatikan. Ikut tahap kemanisan yang anda suka. Kekalkan dengan api yang kecil tadi.
  7. 3 warna yang dah beku tadi potong dadu.
  8. Taburkan agar yang dipotong dadu tadi ke dalam loyang lapisan pertama dan masukkan roti yang telah direndam dalam susu cair.
  9. Tuangkan agar-agar sedikit demi sedikit sehingga tenggelam roti.
  10. Ulang step 8 dan 9 sampai habis.
  11. Sejukkan dan simpan dalam peti ais.
  12. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ain Ilfina

tags: