Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ajar Cara Buat Puding Triffle Sedap, Resepi Sis Ini Sesuai Untuk Yang Nak ‘Berjinak’ Buat Jualan

Ajar Cara Buat Puding Triffle Sedap, Resepi Sis Ini Sesuai Untuk Yang Nak ‘Berjinak’ Buat Jualan

Kategori:
puding triffle

Setiap kali jika ada jamuan di tempat kerja, puding triffle sentiasa menjadi pilihan ramai kan? Ramai juga yang buat puding triffle sebagai pencuci mulut di meja makan beradap pengantin. Rupanya, senang sangat jika nak cuba buat sendiri di rumah tau! Seorang wanita berkongsikan resepinya jika ada yang mahu mencuba, sesuai juga jika ada yang mahu buat jualan.

Ajar Cara Buat Puding Triffle Sedap, Resepi Sis Ini Sesuai Untuk Yang Nak ‘Berjinak’ Buat Jualan

Bahan layer bawah (based):

  • Kek swiss roll pandan/chocolate

Bahan layer tengah (kastad):

  • 1 cawan tepung custard
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2-3 sb susu pekat

Bahan layer atas (jelly):

  • Jelly buah (strawberry/raspberry) jenama Nona atau brand lain
  • 1 tin buah cocktail
  • 1 tin buah lychee
  • 1 bekas nata de coco (lychee)

Cara-cara:

  1. Tapis air buah dan air lychee, asingkan buah & air. Lychee sis carikkan jadi halus-halus. Nata de coco amik isi je untuk mix skali dgn buah-buah.
  2. Potong kek swiss roll, letak dekat dalam bekas yang korang nak. Pastikan susun rapat-rapat ya. Renjiskan/titiskan rata air buah dekat permukaan kek.
  3. Untuk custard, letak semua bahan sekaligus dalam 1 periuk. Jangan bukak api lagi, kacau sebati dulu, baru boleh bukak api, sederhana perlahan. Kacau sampai likat dan berkilat (dalam gambar).
  4. Agihkan custard dalam bekas yg berisi kek tadi. Btw, jangan tunggu custard sejuk. Nanti berketul.
  5. Settle letak custard, susun buah-buahan. Nak meriah lagi, letak la banyak.
  6. Jelly ni ada dah cara untuk buat dekat kotak. Jadi hanya perlu ikut arahan pada kotak.
  7. Kalau dah siap kacau untuk jelly, agihkan dalam bekas-bekas yang dah diletak buah tu. Tunggu betul-betul sejuk letak dalam peti.
  8. Nak sedap lagi simpan semalaman. Custard sejuk lagi sedap makan.

Kredit: Nuralia Idayu

tags: