Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Canai Guna 3 Bahan Sahaja, Mudah & Sedap

Resepi Roti Canai Guna 3 Bahan Sahaja, Mudah & Sedap

Kategori: ,
Roti Canai Guna 3 Bahan

Senang je rupanya nak buat roti canai ni. Guna 3 bahan je pun menjadi. Boleh cicah kari sardin dan kuah bawang cuka, memang lazat! Resepi roti canai guna 3 bahan perkongsian oleh ‎Siti Saerah Mohammad Sharif.

Resepi Roti Canai Guna 3 Bahan Sahaja, Mudah & Sedap

Alhamdulillah…..menjadi juga roti canai resepi arwah mak….dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 4 senduk
  • Air garam
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum, air dan garam(agak-agak jangan masin sangat).
  2. Uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh. Uli lagi sampai lembut dan lembut tangan-tangan.
  3. Kemudian, bahagikan adunan dan bulat-bulatkan. Tuangkan minyak masak. Biarkan semalaman.
  4. Tebar doh di atas talam.
  5. Buat simpul2.
  6. Cantumkan dua simpulan tadi.
  7. Leperkan sebelum digoreng.
  8. Tambah minyak sedikit demi sedikit ketika menggoreng….api slow ye….
  9. Terbalikkan roti canai tadi.
  10. Dh boleh makan…cicah dengan kuah bawang cuka & kuah sardin…

Kredit: Siti Saerah Mohammad Sharif

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Rahsia Roti Canai Berserta Petua, Sedap & Lembut Persis Roti Canai Mamak. Korang Kena Cuba!

tags: