Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Roti Jala Yang ‘Perfect’, Sedap & Lembut Sampai Ke Petang!

Ini Cara Buat Roti Jala Yang ‘Perfect’, Sedap & Lembut Sampai Ke Petang!

Kategori:
Cara Buat Roti Jala

Jom cuba buat roti jala sendiri di rumah. Kalau sebelum ni asyik beli je kan, mana tahu kalau buat sendiri kali ni lagi sedap dari beli!

Roti jala cicah dengan kari ayam, perghh nikmat! Kalau ikuti cara buat roti jala di bawah dengan betul, memang roti jala akan lembut sampai ke petang. Yang penting jangan derhaka resepi, baru lah menjadi.

Cara Buat Roti Jala Yang ‘Perfect’

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu cair (1 cawan)
  • 150ml minyak masak
  • 1500ml air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning telur

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Kisar sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dimasak, guna non-stick. Kalau guna kualiti leper, leser sedikit minyak para kiraian pertama, yang seterusnya tak perlu leser minyak.

Tips penting:

Jika tempahan banyak dan jika pelanggan nak pada waktu pagi, boleh kirai pada waktu malam. Jam 10 dah boleh mula, siap je kirai bairkan roti jala betul-betul sejuk baru tutup bekas (selalunya saya anginkan bawah kipas). InsyaAllah lambat basi.

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Al Fatihah

tags: