Sedapnya kalau dapat makan sagu gula melaka sejuk-sejuk. Tambah-tambah lagi pada musim panas sekarang. Lagi sedap bila dimakan, sagu masih rasa seketul-seketul. Nak tahu bagaimana cara buat sagu gula melaka? Ikuti perkongsian lengkap di bawah.
Cara Buat Sagu Gula Melaka, Bila Makan Rasa Ketul-Ketulnya. Macam Ni Baru Sedap!
Bahan-bahan:
-
1 cawan sagu
-
3 cawan air
-
Nisan@gula melaka
-
Susu cair
-
Daun pandan
Cara-cara:
- Rendah atau lalukan sagu di bawah air. Kemudian toskan.
- Didihkan air dalam periuk dan masukkan sagu bersama daun pandan. Masak sehingga likat dan biji putih sagu hilang. Boleh titiskan sedikit pewarna yang disukai.
- Empunya resepi kacau sekejap, kemudian kukus sebentar. Boleh ikut cara mana-mana, yang penting sukatan betul.
- Bila dah masak, biarkan sejuk.
- Masakkan gula melaka bersama secawan air. Masak sehingga cair dan sejukkan.
- Cara makan, tuangkan gula melaka kemudian masukkan sagu, baru masukkan susu cair.
- Selamat mencuba.
Kredit: Noorlinda Ngah