Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Singgang Ikan Tongkol Kelantan Yang Super Padu. Mudah, Cepat & Sangat Sedap!

Cara Buat Singgang Ikan Tongkol Kelantan Yang Super Padu. Mudah, Cepat & Sangat Sedap!

Kategori: ,
resepi singgang ikan tongkol

Singgang ikan merupakan menu yang sangat ringkas namun rasanya tersangatlah enak. Menu ini sangatlah terkenal di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Selain ikan selayang, ikan tongkol juga sangat enak jika dibuat singgang Kelantan ini. Lebih-lebih lagi bahagian kepalanya. Dimakan pula bersama-sama dengan ulaman, mahu menambah berpinggan-pinggan nasi.

Nak cuba buat Singgang Ikan Tongkol Kelantan? Kalau nak cuba buat jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Caranya sangat mudah dan pastinya rasanya sangat padu.

Resepi Singgang Ikan Tongkol Kelantan Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol | bahagian kepala dan isi dua ketul
  • Bendi
  • Lada belah tengah
  • Asam keping
  • Garam secukupnya

Bahan Hiris: 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas

Cara Penyediaan:

  1. Tuangkan air secukupnya, ikut banyak mana kuah yang anda mahukan.
  2. Masukkan atau leburkan semua bahan hiris dan lada. Tunggu kuah mendidih manja.
  3. Apabila kuah mendidih manja, masukkan ikan. Letak garam secukupnya dan biarkan isi ikan lembut. 
  4. Kemudian masukkan asam keping. 
  5. Akhir sekali masukkan bendi. Apabila bendi dah agak layu boleh tutup api. 
  6. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Singgang Ikan Tongkol ini? Antara menu yang sangat terkenal di Kelantan ini, lebih-lebih jika makan bersama-sama dengan budu. Pasti lebih terasa nikmatnya!

Kredit: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Special. Mudah Cepat Dan Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba Buat

tags: | |