Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali. Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino. Tetapi telah disingkatkan menjadi Aglio Olio supaya ia mudah untuk disebut. Ia sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan bahan yang biasa-biasa sahaja. Nak menyediakan Spaghetti Aglio Olio ini juga cukup mudah, tidak menggunakan terlalu banyak bahan.
Dan resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Wanita ini berkongsi caranya yang tersendiri memasak spaghetti Aglio Olio ini. Tapi ramai pula yang kata sedap dan menjadi apabila memasak dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh wanita ini.
Resepi Spaghetti Aglio Olio Yang Mudah
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spaggeti
- 10-15 ekor udang
- 5-6 ekor sotong
- 2 batang sosej
- Bawang putih 4 ulas
- 1 sudu chili flakes
- 1 sudu lada hitam
- 3 sudu srbuk oregano
- 5 biji cili kering
- 1 kiub ayam
- 2 keping cheese
- Tomato
- Lada benggala
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
- Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
- Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
- Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
- Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Nafsiah Rahim
Baca juga: Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!