Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Spaghetti Salted Egg Yang Sedap Berlemak Dan Penuh Berkrim. Ini Cara Membuatnya!

Resepi Spaghetti Salted Egg Yang Sedap Berlemak Dan Penuh Berkrim. Ini Cara Membuatnya!

Kategori: ,
resepi spaghetti salted egg

Pastinya ramai yang sudah tahu bahawa Spaghetti ini merupakan makanan yang berasal dari Itali. Terdapat pelbagai versi atau hidangan Spaghetti ini dan antara yang paling terkenal adalah Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Aglio Olio.

Walaupun begitu masih lagi banyak resepi Spaghetti lain yang masih belum kita cuba atau jumpa. Seperti Spaghetti Salted Egg yang dikongsikan oleh Keroroyz Royz ini. Memandangkan negara Asian cukup terkenal dengan Salted Egg, apa kata kita cuba buat Spaghetti berasaskan telur masin yang lemak berkrim ini!

Cara Buat Spaghetti Salted Egg

Bahan-bahan:

  • 350 gm spaghetti/pasta | direbus
  • 300 gm dada ayam | dihiris kecil, salut tepung bestari & goreng
  • 60 gm salted egg ready mix rencah mudah | beli di Shopee
  • 3 tangkai cili Thai merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 200 ml cooking cream/whipping cream/susu segar
  • 1/2 gelas stock ayam atau 1/2 gelas air rebusan pasta & 1 kiub ayam
  • Sayuran kegemaran – capsium, cendawan butang, lobak, brokoli dan lain-lain
  • 2 sdm minyak zaitun
  • 1 sdm butter
  • 1 sdm jus lemon | optional
  • 1 sdk thyme herbs/herba kegemaran
  • 1 sdk lada hitam
  • Hiasan – keju parmesan & parsley flakes

Cara penyediaan:

  1. Rebus spaghetti selama 12-15 minit sehingga lembut. Simpan air rebusan sebanyak 1/2-1 gelas.
  2. Panaskan minyak zaitun dan butter. Tumiskan bawang putih dan cili Thai sehingga wangi.
  3. Masukkan sayuran dan goreng selama 2-3 minit. Kemudian masukkan thyme herbs dan lada hitam. Kacau rata.
  4. Masukkan salted egg ready mix, jus lemon, sedikit air rebusan spaghetti dan kiub ayam. Kacau rata supaya sos tidak berketul. Masukkan pula cooking cream dan kacau sebati.
  5. Apabila sos mendidih, masukkan ayam yang siap digoreng. Tak perlu tambah garam.
  6. Kemudian masukkan spaghetti. Gaul rata. Tambah air rebusan Spaghetti jika perlu.
  7. Hidang panas-panas kerana kuah pasta akan menjadi pekat apabila sejuk. Taburkan parmesan dan parsley flakes. Jika suka pedas, taburkan cili flakes.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan cara penyediaan Spaghetti Salted Egg ini? Jadi kalau anda semua dah bosan asyik makan Spaghetti yang dah selalu dibuat. Apa kata kali ini cuba pula Spaghetti ini. Pasti anda akan berpuas hati!

Selamat mencuba!

Kredit: Keroroyz Royz

Baca juga: Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak

tags: | |