Tidak dinafikan, bila buat siap-siap pes cili kisar dan bawang kisar sangat memudahkan kerja bila nak masak. Tak perlu susah-susah nak kisar cili kering, kupas bawang dan kisar setiap kali nak masak. Bila nak masak lauk pauk, mee goreng, bihun goreng tinggal ambil dalam peti ais sahaja.
Tapi bila buat stok terlalu banyak, ianya akan cepat rosak jika tidak kena pada cara. Jadi, bagaimana cara nak buat stok cili kisar dan bawang kisar supaya tahan lebih lama? Jom ikuti perkongsian oleh Ani Zam di bawah.
Cara-cara membuat cili kisar
Bahan-bahan:
- 100gm cili kering
- 3 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih (8@9 ulas)
Cara-cara:
- Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
- Masukkan ke dalam penapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
-
Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar. Bila telah mendidih, tutup api.
- Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
- Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender. 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas). Blender menggunakan air tapis.
- Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
- Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
Cara-cara membuat bawang merah kisar
Bahan-bahan:
- 6 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
Cara-cara:
- Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
- Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
- Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
- Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
- Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
- Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
Cara-cara membuat bawang putih kisar