Bagi yang biasa memasak di rumah, biasanya kita pasti akan buat stok cili kisar. Bila buat sendiri di rumah, barulah rasa lebih puas dan kena dengan tekak berbanding jika beli yang dah siap di kedai runcit atau pasar raya.
Buat stok tu memang memudahkan kerja bila kita nak memasak, tapi bila nak start buat tu bukan makin liat lagi. Memang tak dinafikan agak leceh nak buat!
Mana taknya, kena potong, buang biji dan rebus cili kering banyak-banyak. Itu belum termasuk kesan rasa tangan yang pijar lepas dah buat tu! Ada tak cara yang lebih senang untuk buat stok cili kisar?
Apa kata lepas ni kita ikut cara buat stok cili kisar seperti yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Othman ni?
Sangat ringkas dan mudah! Jom kita tengok caranya.
Pilih cili kering untuk dibuat stok. Ambil banyak mana nak guna atau disimpan jadi stok. Kalau nak kurang pedas, ambil cili kerinting. Kalau nak yang lebih pedas, boleh pilih yang jenis lurus dan berkilat. Jangan tersalah guna, tau!
Kemudian, basuh dan blender. Tak perlu gunting, tak perlu rebus. Masukkan semuanya, letak air dan kisarkan.
Lepas dah kisar, ambil penapis macam dalam gambar. Tapis biji dari cili.
Kemudian, keringkan cili dalam periuk. Pasangkan api perlahan saja. Tunggu sampai air kering.
Bila dah kering, biarkan sejuk kemudian simpan dalam peti ais.
Bila nak guna, ambil sahaja sebanyak mana yang perlu.
Kenapalah tak tau cara ni sejak dulu? Punyalah senang, tak payah nak menggunting, buang biji sampai bersepah dapur dibuatnya. Dahlah senang, menjimatkan masa pula tu!
Tips ni memang sangat sesuai buat yang sibuk bekerja atau kekurangan masa untuk lama-lama di dapur. Lepas ni tak payahlah luangkan masa berjam-jam untuk siapkan stok cili. Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba cara buat stok cili yang dikongsikan. Selamat mencuba!
Kredit : Nur Atiqah Othman via Masak Apa Hari Ni