Nak buat susu pekat manis senang je sebenarnya. Tak susah pun. Ini dia cara buat susu pekat manis hanya dengan 3 minit dah siap. Dan menggunakan 3 bahan sahaja.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
- 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
CARA PENYEDIAAN:
- Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
- Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
- Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Mudah je kan?
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Zan Zafirah Zainal
Baca juga: Jom Buat Mee Kuah Yang Menggiurkan Ini Sebagai Juadah Berbuka