Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Banyak Kali ‘Repeat’ Buat Tauhu Berlauk Goreng Ni Sebab Sedap Sangat! Ini Cara Mudah Membuatnya

Wanita Ini Banyak Kali ‘Repeat’ Buat Tauhu Berlauk Goreng Ni Sebab Sedap Sangat! Ini Cara Mudah Membuatnya

Kategori:
resepi tauhu bergedil goreng

Tauhu berlauk goreng ini sangat mudah untuk disediakan. Kukus, celupkan dalam telur dan goreng sahaja. Tapi rasa dia memang sedap, sampai wanita yang berkongsi resepi ini banyak kali repeat  buat tauhu ini. Cubalah buat, confirm sekali buat dah terus licin.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kisar:

  • Tauhu lembut 3
  • Tauhu telur 4
  • Isi ayam
  • Telur 3-4 biji

Bahan Lain:

  • Carrot
  • Bawang holand
  • Daun sup
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Perasa maggi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar halus bahan kisar. Gaulkan sekali dengan semua bahan lain di atas. Letak lada banyak untuk elak bau hanyir. Jangan terlalu banyak letak perasa maggi. Sebab lepas kukus nanti rasa dia akan bertambah masin. Jadi kena pandai sesuaikan rasanya tu.
  2. Kemudian kukus lebih kurang 15 minit. Kukus dalam bekas macam ni dan lapikkan dengan plastik. Nanti potong petak-petak. Frozenkan.
  3. Akhir sekali apabila nak goreng boleh celupkan dengan telur dan goreng sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Wafiza Amir

 

tags: |