Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia 3 Cara Mudah Untuk Sediakan Telur Separuh Masak Yang Sempurna Dan Menjadi

Ini Dia 3 Cara Mudah Untuk Sediakan Telur Separuh Masak Yang Sempurna Dan Menjadi

Kategori: ,
cara buat telur separuh masak

Siapakah di sini yang masih gagal dalam menyediakan telur separuh masak? Mesti ramai kan. Nak menyediakan telur masak separuh ini bukannya senang dan bukannya terlalu susah. Ada kaedah atau langkah yang betul untuk diikuti.

Bukan sekadar masukkan air dan telur kemudian rebus. Jadi bagi anda yang asyik selalu tak jadi je masak telur masak separuh, apa kata ikuti cara di bawah ini ye.

Cara Mudah Buat Telur Separuh Masak Yang Menjadi

CARA-CARANYA:

  1. Didihkan air di dalam kuali atau periuk.
  2. Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur.
  3. Kemudian tutupkan periuk dengan tudung periuk lebih kurang 5 minit.
  4. Siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan cara nak buat telur masak separuh ini? Lepas ini boleh lah praktik cara ini. Pasti menjadi punya kalau ikut betul-betul cara ini. Hari-hari boleh makan telur masak separuh lepas ni!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rozita Ab’dullah

Baca juga: Teknik Masakan Untuk Menjadikan Telur Dadar Yang Anda Buat Lebih Gebu & Sedap!

tags: |