Sejak akhir-akhir ini telur rebus air asam ini semakin viral dan dicuba ramai. Semua sudah sedia maklum bahawa telur itu sendiri pun dah sedap, inikan pula buat air asam. Lagi lah bertambah sedap. Dan bagi anda yang belum pernah rasa. Boleh cuba ye, ikut je resepi kat bawah ni.
Resepi Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- Telur ayam | direbus dan dikupas
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili potong
- Tomato | dihiris dadu
- Air asam jawa
- Gula
- Garam
- Penambah perasa
CARA PENYEDIAAN 1:
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan cili potong dan tomato. Masak sehingga tomato menjadi layu.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air untuk kuah.
- Masukkan pula gula dan garam. Time ni boleh tambah perasa kalau nak.
- Masukkan pula telur rebus yang dibelah dua tadi dan didihkan sekejap.
- Akhir sekali masukkan tomato yang dihiris.
- Kacau sekejap dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
CARA PENYEDIAAN 2:
- Asam jawa segenggam bancuh dengan air suam lepastu tapis.
- Satu biji bawang merah besar sis guna. Potong dua pahtu blend halus bersama tomato sebiji stengah dan empat biji lada cengek.
- Masa blend tu masukkan tiga sudu air asam jawa. Blend jangan bagi hancur lebur, just nice je.
- Lepastu masukkan kedalam air asam jawa tadi.
- Kemudian masukkan gula dan garam serta dan hirisan tomato dan bawang merah hak lebih tadi
- Nak tambah sedap lagi hiriskan daun ketumbar .
- Apabila air asam dah siap cuahlah atas telur rebus tadi.
Mudah sahaja kan nak buat Telur Rebus Air Asam ini? Selain dimakan dengan nasi, telur ini juga sangat enak jika diratah begitu sahaja. Peminat makanan yang masam wajib cuba hidangan ini.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Fieza Nazri & Cikgu Teha